Social
216

2 penuntut lemas ketika mandi di air terjun

Kuatan – Dua penuntut Universiti Malaysia Pahang (UMP) lemas ketika mandi di Air Terjun Sungai Pandan di sini, hari ini.

Mayat A Sharvin Ananth, 24, berasal dari Skudai, Johor, 24 dan Goobi, 23, dari Karak, Bentong, Pahang, masing-masing ditemui pada jam 3.10 petang dan 3.37 petang.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali, berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian lemas di air terjun itu pada jam 1.45 tengah hari.

“Siasatan awal mendapati dua mangsa bersama sembilan rakan yang juga penuntut UMP pergi ke air terjun terbabit.

“Berdasarkan maklumat rakan mereka, kedua-dua mangsa mandi di air terjun sebelum gagal timbul di permukaan.

“Mayat mangsa itu dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, seramai 29 anggota terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat membabitkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). – BH Online

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu