Social
166

2 sahabat maut dipanah petir

Kuantan –  Dua sahabat maut dipercayai akibat dipanah petir ketika berteduh di tepi pokok di kolam memancing Kampung Cempaka, Lanchang di Temerloh, semalam.

Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Mohd Yusri Othman berkata, mangsa dikenal pasti sebagai Muhammad Farhan Zainal Abidin, 20, dan Muhammad Fitri Fahmy Hashim, 27. Kedua-duanya beralamat di Lanchang.

Katanya, mangsa difahamkan pergi memancing ke kolam itu bersama-sama tiga lagi rakannya 12.30 tengah hari dan apabila hujan lebat dan petir berlaku pada 3.30 petang, kedua-duanya berteduh di tepi pokok manakala seorang lagi terus bergerak pulang.

“Dua rakan mangsa yang berada di situ mendakwa mereka sedang bergerak hendak mengambil joran sebelum melihat kedua-dua mangsa rebah selepas disambar petir,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mohd Yusri berkata, rakan mangsa segera membawa mereka ke Klinik Kesihatan Lanchang, namun kedua-duanya disahkan meninggal dunia.

Jenazah dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah di Temerloh untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – Harian Metro

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu