Social
235
0

2 wanita menyamar warga emas untuk vaksin

Washington – Gara-gara mahu mendapatkan suntikan vaksin dengan lebih awal, dua wanita di Amerika Syarikat sanggup menyamar sebagai warga emas dengan berpakaian seperti nenek.

Mereka sebelum ini yang sudah mendapat suntikan dos pertama, dikesan mencuba nasib untuk mendapatkan suntikan dos kedua dengan memperdayakan jururawat.

Portal Daily Star melaporkan, bagaimanapun, cubaan kedua itu gagal apabila taktik dua wanita dari Orlando, Florida itu berjaya dihidu pegawai polis.

Mereka sebenarnya masing-masing berusia 34 dan 44 tahun.

Di bawah garis panduan vaksinasi Orlando, pada masa ini, hanya penduduk berusia 65 tahun ke atas, pekerja dan kakitangan kemudahan penjagaan yang layak menerima suntikan vaksin.

Kini, pihak berkuasa sedang melakukan siasatan untuk mengetahui bagaimana mereka berjaya mendapatkan suntikan dos pertama.

Dr Raul Pino mengatakan pasangan itu berusaha keras untuk mendapat suntikan vaksin itu.

“Kami menyedari beberapa wanita muda berpakaian seperti nenek untuk mendapat vaksin untuk kali kedua,” kata Pengarah Jabatan Kesihatan Florida di Orange County kepada Miami Herald.

Taktik mereka terbongkar sebaik nama sebenar pada kad tidak sepadan dengan tarikh lahir mereka.

Rakaman kamera badan anggota polis pada Jumaat lalu mendedahkan pengakuan dua wanita berkenaan.

“Anda tahu apa yang anda sudah lakukan? Anda mencuri vaksin daripada seseorang yang memerlukannya lebih daripada anda.

“Dan sekarang anda tidak akan mendapat suntikan kedua,” jelas dalam rakaman itu.

Dr Pino mengatakan itu bukan kali pertama seseorang berpura-pura menjadi orang tua untuk mendapatkan vaksin. – Harian Metro

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu