Social
242

20 pekerja kilang telur positif Covid-19

Alor Gajah – Sebuah kilang telur di Durian Tunggal di sini diarahkan tutup serta-merta selepas 20 pekerjanya didapati positif Covid-19, semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, kilang tersebut ditutup sehingga 6 Ogos depan untuk kerja-kerja disinfeksi dan saringan pekerja.

Katanya, setakat ini seramai 119 pekerja telah melakukan ujian saringan Covid-19.

“Hasil saringan dilakukan, seramai 20 daripada 119 pekerja kilang berkenaan didapati positif Covid-19.

“Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) sedang mengenal pasti punca jangkitan dan mengesan kontak rapat pekerja yang positif,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Terdahulu, notis penutupan sebuah kilang di Durian Tunggal yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM) turut tular hari ini memaklumkan premis itu ditutup bermula pukul 3 petang semalam.

Difahamkan kilang berkenaan mempunyai kira-kira 200 kakitangan termasuk pekerja warga asing.

Kilang itu antara pengeluar telur terbesar dalam negara dan turut mengeksport keperluan asas itu ke Singapura, lapor Kosmo Online.

Tags: , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu