Nation
396

21 lokaliti dikenakan PKPD

Kuala Lumpur – Sebanyak 21 lokaliti di Terengganu dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 3 Ogos hingga 16 Ogos ini.

Menteri Kanan Luar Negeri (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata ia melibatkan Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) Anak Ikan, Mukim Jabi di Besut; sembilan lokaliti di Mukim Kuala Dungun dan 11 lokaliti di Mukim Sura.

“Sembilan lokaliti di Mukim Kuala Dungun ialah Kubang Miang, Teratai, Teluk Lipat, Alor Tembesu, Sura Utara, Batu 48, Sura Gate, Bukit Chatak dan Tembesu Akar.

“Sebelas lokaliti di Mukim Sura adalah Batu 5, Sura Tengah, Alor Tempoyak, Taman Rakyat Jaya, Taman Delima Batu 6, Balai Besar, Sura Melati, Batu 7, Paya Balai Besar, Pak Sabah dan Sura Lapangan Terbang,” katanya dalam satu kenyataan mengenai Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan PKPD hari ini.

Selain itu, Kampung Tagibang, Kota Marudu dan Perumahan Ladang Hibumas 2, Mukim Sungai-Sungai, Beluran di Sabah turut dikenakan PKPD mulai 3 Ogos hingga 16 Ogos ini, lapor Bernama.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu