Social
190

22 lelaki mengaku tidak bersalah anggotai ‘Geng Sakai’

Kuala Lumpur – Seramai 22 lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan menganggotai kumpulan jenayah terancang dikenali sebagai ‘Geng Sakai’ di antara Januari 2015 dan Jun 2021.

Mereka ialah Rosli Sahak (dipercayai ketua kumpulan itu yang digelar Sakai), A. Ravindran, A. Uthayakumar, S. Sathiaseelan, T. Kumar, A. Kumaresan, N. Tanasilan, Thirumal Raj, M. Darshan, A. Dineswaran, S. Mohanraj dan R. Nantha Kumar.

Tertuduh lain ialah S. Gobinath, M. Ravishankar, M. Thinesh, N. Tannish, S. Sagadevan, Mohamad Faisal Mohamad Sharif, Sukhdave Singh Jesvir Singh, R. Logeswaran, R. Tannesh dan A. Jayaprakash.

Kesemua mereka membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah.

Semua tertuduh yang berusia antara 18 dan 47 tahun didakwa melakukan perbuatan itu di Flat Sri Selangor, di sini antara Januari 2015 dan Jun 2021 mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Maryam Jamielah Manaff, Nur Ainaa Ridzwan dan Rajdeep Singh Bhupinder Singh.

Manakala 17 tertuduh diwakili peguam Datuk Sheelan Arjunan, Datuk T. Harpal Singh, Datuk Geethan Ram Vincent, Revin Kumar, Mahajoth Singh, Wan Zaleha Abdul Wahab, Naizatul Zambrina Karizaman, Jay Moy Wei Jiun, Jayarubbiny, P. Taneswaran serta K. Komaga, manakala lima tertuduh tidak diwakili peguam.

Hakim Sequerah menetapkan 22 Okt ini untuk pengurusan kes, lapor Bernama.

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu