Nation
153
0

22 pasar tani di Selangor dibuka secara berperingkat – Izham

Shah Alam – Pasar tani di Selangor akan dibuka semula secara berperingkat bagi memastikan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) dapat diikuti oleh semua pihak dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Ir Izham Hashim berkata buat masa ini, sebanyak 22 daripada 48 pasar tani yang berdaftar di seluruh negeri itu akan dibuka kepada orang awam.

“Pembukaan semula pasar tani ini akan dimulakan dengan Pasar Tani Stadium Shah Alam, hari ini. Insya- Allah publisiti pembukaan ini akan kita lakukan lebih kerap bagi membantu peniaga kita khususnya dalam memasarkan produk pertanian serta barang mentah seperti daging dan lain-lain.

“Kita buka secara berperingkat berdasarkan keadaan semasa penularan COVID-19,” katanya selepas meninjau pelaksanaan SOP di Pasar Tani Stadium Shah Alam, hari ini.

Katanya, sejak dua minggu lepas, pasar tani di negeri ini tidak dibenarkan beroperasi bagi membolehkan pihaknya menyemak semula SOP pengoperasian pasar tani. – Bernama

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu