Nation
67

24 lokaliti dikenakan PKPD

Kuala Lumpur – Sebanyak 23 lokaliti di Sabah dan satu di Pahang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula Rabu ini hingga 7 Sept.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Rodzi Md Saad berkata PKPD di Sabah melibatkan Kampung Cenderamata 2 dan Kampung Cempaka di Likas, Kampung Inanam Laut dan Kampung Bambangan di Inanam serta Kampung Kelingau, Kampung Lapasan dan Taman Kuala Menggatal di Kota Kinabalu.

Empat lokaliti di Penampang melibatkan Delta Height, Kampung Sindaanan, Rainfield Garden dan Maju Kota Lights Industry di Jalan Lama Penampang manakala empat lagi di Tawau melibatkan Kampung Tanjung Batu Tengah, Taman Ranggu Saujana, Kampung Sungai Tamang di Pulau Sebatik serta Tanjung Batu Laut, Logpon turut dikenakan PKPD.

Beliau berkata lokaliti lain di Sabah ialah Kampung Pelangi, Kampung Sri Manis dan Ladang Sungai Pin di Kinabatangan, Perumahan Ladang Felda Sahabat 55 dan Taman Perumahan Satu di Lahad Datu, Taman Limauan di Kinarut dan Kampung Mondikot di Papar, Ladang Mawang di Kalabakan serta Kem Sawmill (kilang papan) Mengayam Sri Arjuna di Sipitang.

“Satu lokaliti di Pahang yang dikenakan PKPD pula ialah Felda Kota Gelanggi 2 di Jerantut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Rodzi berkata PKPD di Kampung Temalian, Mukim Ulu Dong di Raub, Pahang yang sepatutnya berakhir esok akan dilanjutkan hingga 31 Ogos, manakala PKPD di Taman Kinarut Ria di Papar dan Kampung Kota Tuaran di Tuaran, Sabah dilanjutkan hingga 7 Sept.

Menurutnya, PKPD di 22 lokaliti perkampungan Orang Asli dalam daerah Batang Padang, Perak juga dilanjutkan hingga 7 Sept termasuk Kampung Senta, Kampung Chang dan Kampung Sanding di Mukim Bidor serta Kampung Orang Asli Menderang di Mukim Sungkai.

Sebanyak 18 lokaliti lagi adalah di Mukim Batang Padang iaitu Kampung Orang Asli Batu 6, Kampung Orang Asli Batu 14, Kampung Orang Asli Batu 16, Kampung Orang Asli Batu 17, Kampung Orang Asli Batu 18, Kampung Orang Asli Batu 19, Kampung Kenderong, Kampung Sungai Rensa, Kampung Sungai Chendon, Kampung Sungai Odak, Kampung Ampangan dan Kampung Pos Woh.

Kampung Orang Asli Batu 7 dan 7 1/2, Kampung Sungai Bot Dalam, Kampung Sungai Bot Luar, Kampung Sungai Tidong, Kampung Lubuk Gaharu dan Kampung Woh Intake juga dilanjutkan PKPD dalam tempoh sama.

Dalam pada itu, 10 lokaliti ditamatkan pelaksanaan PKPD mulai esok melibatkan kuarters pekerja Ladang Palmlyn di Mukah, Sarawak; tapak bina IBN Highland di Genting Highlands, Pahang; Taman Sri Bayu, Tumpat, Kelantan dan Taman Meru 2B di Kinta, Perak.

Turut ditamatkan adalah enam lokaliti di Sabah iaitu Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Sri Balung dan PPR Taman Sri Titingan di Tawau; Kem 2 Tolokoson, Tenom; Kampung Sarikan, Nabawan serta Kampung Lapasan dan Kampung Timbok di Tuaran, lapor Bernama.

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu