Social
205

241 mangsa banjir di Raub dipindahkan

Kuantan – Hujan lebat berterusan sejak petang semalam menyebabkan beberapa kawasan di Raub dilanda banjir, menyaksikan 241 mangsa daripada 63 keluarga terpaksa dipindahkan di tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) sekitar daerah itu setakat 8 pagi ini.

Portal bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan mangsa paling ramai ditempatkan  di pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan Kundang Patah iaitu 114 orang daripada 30 keluarga, diikuti Dewan Serbaguna Kampung Pia sebanyak 58 orang (16 keluarga) dan Sekolah Kebangsaan Ulu Sungai, 37 mangsa (sembilan keluarga).

Sementara itu, pusat pemindahan Masjid Kampung Kuala Semantan pula menempatkan 16 mangsa daripada lima keluarga, manakala Balai Raya Kampung Gesing, Balai Raya Kampung Sengkela dan Dewan Orang Ramai Kampung Chenua menempatkan sebuah keluarga dengan jumlah mangsa 16 orang, lapor Bernama.

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu