Social
94

25 individu ditahan terbabit iklan raya promosi judi

Kuala Lumpur – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan seramai 25 individu berhubung siasatan membabitkan empat buah video iklan Hari Raya yang dipercayai mempromosikan aktiviti perjudian.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, daripada jumlah 25 individu tersebut, seramai 12 individu masih berada dalam tahanan reman bagi membantu siasatan.

“Seramai 13 individu telah ditahan selepas dipercayai terbabit bagi video pertama manakala video kedua, enam individu telah ditahan,

“Sementara video ketiga dan keempat pula, masing-masing membabitkan empat serta dua individu,” Katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Polis sebelum ini mendedahkan beberapa pelakon di dalam video iklan terbabit dibayar dengan harga RM180 hingga RM200 oleh syarikat produksi tersebut. – Kosmo Online

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu