Politics
224

28 calon PN PRN Melaka akan tandatangani aku janji perangi rasuah

Shah Alam – Kesemua 28 calon Perikatan Nasional (PN) yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka perlu menandatangani aku janji sebagai komitmen memerangi rasuah.

Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ia selari dengan pendirian yang didukung gabungan itu untuk menentang salah guna kuasa dan rasuah serta akan memberi layanan yang adil kepada semua pihak.

“Ini adalah jaminan PN dan jaminan yang sama untuk rakyat Melaka. Untuk menunjukkan kita komited perangi rasuah, kita telah sediakan aku janji dan calon perlu menandatangani aku janji ini dalam sehari dua.

Ini untuk memberitahu rakyat bahawa kerajaan yang dibentuk selepas 20 Nov ini adalah Kerajaan PN Melaka dengan dasar yang diamalkan berteraskan kepada prinsip yang saya jelaskan tadi,” katanya pada Program Pentas PRN Melaka PN yang diadakan di sini semalam.

Program yang turut dihadiri Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Presiden Gerakan Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai turut disiarkan menerusi Facebook rasmi Muhyiddin.

Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu berkata selain itu, manifesto PN bagi PRN berkenaan akan diumumkan dan diperincikan dalam masa terdekat.

Ahli Parlimen Pagoh dalam pada itu berharap agar sedikit kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) PRN Melaka diberikan dengan membenarkan calon untuk bertemu pengundi.

Beliau yang juga Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) berkata susulan SOP khas PRN yang ketat, beliau menggesa agar semua calon yang bertanding diberi peluang untuk muncul di kaca televisyen bagi memperkenalkan diri masing-masing.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh mengundi bagi PRN Melaka pada 20 Nov dan undi awal pada 16 Nov, berikutan pembubaran DUN pada 4 Okt lepas selepas empat Ahli Dewan Undangan Negeri menarik sokongan terhadap Ketua Menteri, lapor Bernama.

Tags: , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu