Social
248

28 individu ditahan sertai parti liar

Kuala Lumpur – Seramai 28 individu ditahan selepas terbabit dalam parti liar di sebuah kediaman mewah, di Jalan Pudu, di sini, awal pagi tadi.

Dalam serbuan pada jam 1 pagi, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur menahan 16 lelaki dan 12 wanita selepas menerima maklumat aktiviti itu di satu unit kediaman di tingkat 36, residensi berkenaan.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Nasri Mansor, berkata ketika serbuan, seramai 28 pengunjung individu berusia antara 27 hingga 63 tahun sedang berhibur meraikan hari jadi seorang wanita yang dianjurkan suaminya.

“Hasil serbuan, polis menemui dadah jenis ketamin dipercayai digunakan sebahagian pengunjung yang dijemput suami wanita terbabit serta rakan kepada isterinya.

“Satu daripada tiga bilik tidur dalam unit kediaman itu dijadikan tempat mereka menari dilengkapi lampu disko,” katanya selepas mengetuai operasi berkenaan.

Nasri berkata, pihaknya turut menemui kondom yang digunakan pengunjung disyaki melakukan aktiviti maksiat dalam kalangan tetamu yang hadir.

“Berdasarkan saringan air kencing oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur, tujuh lelaki dan empat wanita didapati positif dadah.

“Polis juga mengambil tindakan terhadap pemilik unit kediaman dan pengurusan residensi berkenaan yang membiarkan aktiviti parti liar ini berlangsung ketika Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kuala Lumpur,” katanya, lapor BH Online.

Beliau berkata, semua individu terbabit ditahan dan dikenakan kompaun mengikut Seksyen 22, Perintah Pengawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit, Akta 342, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen, Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya dan Seksyen 15 (1)(a) akta yang sama.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu