Social
1K

29 termasuk ADUN ditahan

Kuala Lumpur – Seramai 29 individu termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teratai, Bryan Lai Wai Chong ditahan kerana didakwa memasuki Hutan Simpan Ulu Jelai (HSUJ), Lipis tanpa permit, hari ini.

Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP), Datuk Dr Mohd Hizamri Mohd Yasin, berkata kumpulan dari Selangor dan Kuala Lumpur itu ditahan JPNP dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Kampung Rakoh, Pos Lenjang, Sungai Koyan, Lipis jam 8 pagi.

“Turut ditahan bersama kumpulan ini adalah ADUN Teratai yang beralamat di Bandar Mahkota Cheras, Selangor, manakala 11 pikap turut disita.

“Siasatan awal mendapati, kumpulan ini memasuki Hutan Simpan Ulu Jelai, Lipis sekitar jam 11 pagi semalam, tanpa kebenaran dan dimaklumkan untuk memberi bantuan makanan kepada penduduk Orang Asli Pos Lenjang, Lipis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kesemua suspek yang ditahan dibawa ke Balai Polis Sungai Koyan untuk saringan kesihatan.

Katanya, siasatan lanjut dibuat mengikut Seksyen 47 dan 88 Akta Perhutanan Negara, masing-masing bagi keperluan permit memasuki hutan simpan serta kuasa menangkap, menyita dan menyiasat oleh pegawai perhutanan.

“Setakat ini, siasatan masih lagi diteruskan bersama PDRM,” katanya.

Tags: , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu