Social
279

3 beradik reka cerita palsu untuk dapatkan wang tebusan dari bapa

Muar – Polis menahan tiga beradik perempuan yang mereka-reka cerita kononnya dikurung, dan kemudiannya meminta wang tebusan daripada bapa mereka sendiri di Pagoh, dekat sini dan Iskandar Puteri.

Ketua Polis Daerah Muar ACP Zaharudin Rasip berkata tiga beradik berumur 25 hingga 32 tahun itu ditahan pada pukul 8.30 malam.

Beliau berkata pihaknya menerima laporan daripada bapa mereka yang berumur 66 tahun pada Jumaat lepas yang memberitahu bahawa dia menerima panggilan telefon yang mendakwa anaknya telah dikurung.

“Melalui siasatan polis mendapati ketiga-tiga mereka telah berkonspirasi mereka-reka cerita palsu bagi mendapatkan wang daripada pengadu (bapa). Ketiga-tiganya ditahan reman selama tiga hari untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Zaharudin berkata kes disiasat di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana daripada dua hukuman itu, lapor Bernama.

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu