Social
596

3 cedera lif terjatuh dari tingkat 2

Kuala Lumpur – Tiga individu cedera apabila lif dinaiki terjatuh dari tingkat dua di Wisma Elken, Jalan Klang Lama di sini hari ini, lapor Bernama.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian kira-kira 4.22 petang melibatkan lif yang dinaiki lima orang, iaitu tiga wanita dan dua lelaki.

“Semua mangsa berusia lingkungan 28 hingga 61 tahun itu dibawa keluar kira-kira 4.35 petang, dengan tiga wanita yang cedera dihantar Pusat Perubatan Taman Desa kerana mengalami kecederaan di kaki,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu mememberitahu dua lagi individu di dalam lif itu tidak mengalami kecederaan.

Punca kejadian masih dalam siasatan.

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu