Social
254

3 ditemui lemas, bot karam

Pontian – Tiga lelaki dipercayai warga asing, ditemui lemas apabila bot dinaiki karam di Pantai Rambah, di sini, petang semalam.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pontian Baru, Mahadir Mamat, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 5.30 petang.

Susulan itu, katanya, seramai tujuh anggota bersama dua jentera dikerahkan ke lokasi kejadian.

Beliau berkata, mayat semua mangsa yang dipercayai berusia dalam lingkungan 30-an itu berjaya ditemui di pantai berkenaan.

“Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut, dan operasi ditamatkan pada jam 7.15 malam.

“Kejadian bot karam dipercayai berlaku pada awal pagi disebabkan ribut di kawasan pantai itu,” katanya, lapor BH Online.

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu