Social
249

3 individu termasuk suami isteri ditahan, Dadah bernilai RM9.3 juta dirampas

Kuala Lumpur – Polis menahan tiga individu termasuk pasangan suami isteri kerana disyaki terlibat dalam sindiket pengedaran dadah dan turut merampas dadah yang dianggarkan bernilai RM9.3 juta di Cheras dan Kajang, pada Sabtu lepas.

Kesemua suspek yang ditahan berusia lingkungan 21 hingga 31 tahun dan merupakan warga tempatan.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim berkata pihaknya telah menyerbu empat buah rumah dan menemukan pelbagai jenis dadah yang disimpan dalam sebuah daripada rumah tersebut.

Polis turut menemukan bahan asas heroin seberat 100 kilogram (kg), ketamin seberat 9.8kg dan 59,000 pil Erimin 5 seberat 16kg.

“Hasil siasatan didapati kesemua premis mereka, dijadikan sebagai tempat penyimpanan dadah dan disewa selama tiga bulan oleh seorang daripada suspek dengan bayaran sewa RM1,000 hingga RM2,000 sebulan.

“Selain itu, ujian saringan kesemua suspek negatif dadah. Walau bagaimanapun, kesemua mereka didapati mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Polis turut merampas lima kenderaan iaitu tiga jenis Toyota Vellfire, sebuah Honda City dan sebuah Proton Iswara serta wang tunai RM400.

Semua suspek direman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah bermula 6 Jun hingga 11 Jun untuk siasatan di bawah Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Beliau berkata dadah yang dirampas boleh dibekallan kepada 169,535 pengguna dadah. — Bernama

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu