Nation
609

3 kawasan di Petaling dikenakan PKPD

Petaling Jaya – Tiga kawasan dalam daerah Petaling dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 1 Julai sehingga 14 Julai 2021, lapor Komso Online.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kawasan terlibat adalah Mentari Court, PJS 8, Taman Perumahan SS 91A, Sungai Way dan Pangsapuri Westlite PKNS.

“Dua lokaliti di Kuala Lumpur iaitu Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pantai Ria dan Taman Bukit Angkasa turut dikenakan PKPD bagi tempoh sama.

“Kampung Kubang Jela, Kuala Terengganu, Terengganu dan Kampung Balung Cocos, Tawau, Sabah juga dikenakan PKPD dari 1 Julai sehingga 14 Julai 2021,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Ismail Sabri berkata, PKPD di Country Heights Apartment dan Vista Minintod Apartment, Penampang, Sabah ditamatkan hari ini.

Menurut beliau, PKPD di PPR Taman Ehsan, Kudat; Kampung Rancangan dan Kampung Kijang Merotai, Kalabakan; Kampung Tanjung Batu Tengah dan Taman Semarak Megah Tawau tamat esok.

Tambah beliau, PKPD di Kampung Taun Gusi Peninting, Kota Belud; Kampung Rampayan dan Kampung Kionsom Kecil, Kota Kinabalu di Sabah serta Kampung Goebilt dan Kampung Muara Tebas di Kuching, Sarawak turut tamat esok.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu