Nation
211

3 kolej kediaman UMS dikenakan PKPD

Kuala Lumpur – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di tiga kolej kediaman Universiti Malaysia Sabah (UMS), Kota Kinabalu; Kampung Pagalungan Ansip, Keningau dan Kampung Kalindukan, Nabawan, masing-masing di Sabah, selama 14 hari bermula esok.

Tiga kolej kediaman itu ialah Tun Mustapha, Tun Fuad dan Tun Pengiran Ahmad Raffae.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan berlaku penularan jangkitan COVID-19 dalam kalangan penghuni di tiga kolej itu dengan kadar kebolehjangkitan tinggi.

“Bagi Kampung Pagalungan Ansip, KKM hingga kini melaksanakan 146 ujian saringan dan 15 kes positif COVID-19 direkodkan.

“KKM turut melaksanakan 99 ujian saringan dan daripada jumlah itu, lapan kes positif COVID-19 direkodkan di Kampung Kalindukan.

“Selepas membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di tiga lokaliti itu di Sabah, bermula 5 hingga 18 April ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini. – BH Online

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu