Social
279

3 lagi ditahan tunggang motosikal secara berbahaya

Seremban – Polis menahan tiga lagi individu termasuk seorang pelajar kerana menunggang motosikal secara berbahaya di Kilometer 14-16 Lebuhraya Seremban-Port Dickson seperti yang tular dalam media sosial baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Aidi Sham Mohamed berkata kesemua lelaki berumur 17 hingga 18 tahun itu tampil menyerah diri di Balai Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson kira-kira pukul 4.20 petang semalam.

“Kesemua mereka ditahan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu atau menunggang secara melulu dan bahaya,” katanya dalam kenyataan di sini.

Sehubungan itu, Aidi Sham berkata polis telah menyelesaikan kes berkenaan menerusi penahanan keseluruhan tujuh individu dengan empat daripadanya ditahan semalam di dua lokasi berasingan iaitu di Bukit Rambai dan Cheng, Melaka pada pukul 1 pagi hingga 4 pagi.

Pada Ahad lepas, tular dalam media sosial memaparkan aksi kesemua penunggang itu menunggang motosikal dengan cara membongkok badan, bersaing sesama sendiri dan membuat aksi zig-zag sehingga membahayakan diri sendiri dan orang lain.

Perbuatan tersebut dipercayai dirakam oleh pemilik akaun tiktok ym_yuliaevanna dan dimuat naik dalam laman Facebook ‘N9 Info Trafik’, lapor Bernama.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu