Social
121

3 lelaki dituduh bunuh tukang masak

Shah Alam – Tiga lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang tukang masak di sebuah apartmen pada 18 April lepas.

Muhammad Amirul Mohamad Ali, 21, Muhammad Muazzam Ahmad Ruzaini, 20 dan Muhammad Hafiz Daniel Norirman, 20, masing-masing hanya mengangguk faham selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Nur Faizah Abdul Sani.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama membunuh G. Sharvin, 21 di sebuah apartment di Jalan Kemajuan Subang, Subang Jaya, antara 12.30 tengah malam hingga 1.30 pagi, 18 April lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung mandatori jika sabit kesalahan yang dibaca bersama dengan Seksyen 34 Kanun yang sama.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ainul Amirah Abdul Razak.

Mahkamah kemudian menetapkan 4 Jun untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia dan bedah siasat.

Media sebelum ini melaporkan, seorang tukang masak dibunuh dan mayatnya disumbat dalam sebuah beg pakaian sebelum dimasukkan ke dalam tong sampah dan ditinggalkan di tepi jalan di susur keluar Lebuhraya Persekutuan ke Persiaran Kewajipan. – Bernama

Tags: , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu