Kuala Lumpur Post

Social

3 lelaki rompak kedai emas dalam pasaraya

PUTRAJAYA — Tiga individu bertopi keledar disyaki merompak sebuah kedai emas dalam sebuah pasar raya di Kota Warisan, Sepang, dan melarikan barangan kemas, semalam.

Insiden itu dipercayai berjaya dirakam orang ramai yang berada di pasar raya terbabit ketika kejadian, sebelum ia tular dalam media sosial.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof, ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian berkenaan yang dipercayai berlaku pada jam 8.15 malam tadi.

Beliau berkata, siasatan masih dijalankan dan fakta kes akan diserahkan kepada Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan.

“Laporan lengkap berkenaan kes itu akan dikongsikan dengan pihak media selepas mendapat kebenaran Ketua Polis Selangor,” katanya.