Social
206
0

3 pelajar racun rakan sekelas kerana cemburu

Kaherah – Cemburu dengan rakan sekelas memperoleh markah tertinggi dalam kelas, tiga remaja perempuan di Alexandria, Mesir sanggup meletak racun dalam makanan pelajar terbaik itu hingga maut.

Tindakan kejam itu menyebabkan tiga pelajar perempuan itu ditahan polis.

Media tempatan melaporkan pendakwa raya Alexandria memutuskan untuk menahan tiga pelajar itu selama empat hari bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan.

Tiga suspek itu didakwa meletakkan racun dalam sepotong kek mangsa berikutan cemburu dengan markah tertinggi diperoleh mangsa dalam peperiksaan.

Mangsa yang maut, Israa Kamal Awadh sememangnya cukup dikenali dengan pencapaian akademik cemerlang di sekolah itu.

Dilaporkan, mangsa memperoleh gred cemerlang berbanding tiga suspek hingga mereka merancang plot untuk meracun mangsa.

Pendakwaan pada awalnya mengarahkan bedah siasat dilakukan ke atas mangsa kerana kes itu dilihat mencurigakan selain mangsa juga dilaporkan tidak mempunyai sebarang penyakit lain.

Hasil bedah siasat membawa penemuan mengejutkan apabila mangsa disahkan meninggal dunia akibat diracun.

Berdasarkan laporan media tempatan, enam pelajar sekolah dilaporkan makan kek itu ketika dalam perjalanan pulang ke rumah.

Tiga daripada mereka bagaimanapun dilaporkan mengalami muntah-muntah dan keletihan sebelum dikejarkan ke Hospital Universiti Amiri untuk rawatan. – Harian Metro

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu