Social
108

3 pesakit Covid-19 lari dari PKRC

Taiping – Dua daripada tiga pesakit COVID-19 ditangkap kurang enam jam selepas mereka melarikan diri dari Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) di Kompleks Rakan Muda Taiping di Kamunting.

Ketua Polis Daerah Taiping ACP Osman Mamat berkata hasil maklumat, polis menemukan dua pesakit itu yang bersembunyi di dalam sebuah stor di sebuah rumah di kawasan Kamunting, kira-kira tiga kilometer dari pusat kuarantin tersebut.

“Kami menerima laporan dari seorang pegawai perubatan berhubung tindakan tiga lelaki berumur lingkungan 20 hingga 35 tahun yang melarikan diri selepas selepas membuat pendaftaran di pusat berkenaan pada jam 7.15 petang.

“Kesemua mereka sepatutnya menjalani kuarantin di PKRC selama 10 hari. Operasi pencarian di sekitar Taiping berjaya menemukan mereka itu pada jam 12.50 tengah malam sebelum kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) datang dan membawa mereka pulang ke PKRC berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Osman berkata pihaknya sedang mengesan seorang lagi pesakit dan kes disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Seksyen 22 (B) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit.

Beliau juga menafikan sebaran Whatsapp kononnya pesakit yang melarikan diri itu telah berkeliaran di kawasan pasar, bank dan juga di tempat tumpuan awam.

“Apa yang telah di tular itu adalah tidak benar sama sekali dan orang ramai dinasihatkan untuk tidak menyebarkan sesuatu berita yang tidak benar sehingga boleh mengganggu ketenteraman awam,” katanya, lapor Bernama.

Tags: , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu