Nation
314

3 pimpinan tertinggi akan muktamad calon UMNO bagi PRN Melaka, PRU15 : Ahmad Zahid

Kuala Lumpur – Pemilihan calon UMNO yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri Melaka dan Pilihan Raya Umum Ke-15 tidak lagi ditentukan oleh presiden parti sahaja.

Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata sebaliknya perkara itu akan diputuskan bersama dengan Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamad Hasan dan Naib Presiden yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Ertinya kami bertiga bersetuju (calon yang akan dipilih) mestilah (individu yang) boleh menang, diterima dan disenangi pengundi,” katanya semasa menutup Pidato Piala Presiden UMNO.

Ahmad Zahid, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), berkata watikah pelantikan bagaimanapun tidak akan ditandatangani sekiranya calon terbabit tidak dipersetujui di peringkat BN, lapor Bernama.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu