Kuala Lumpur Post

Social

3 termasuk bapa, abang didakwa rogol anak tiri 12 tahun

KOTA BHARU —¬† ¬†Seorang bapa, anak lelaki serta rakan anaknya didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini atas pertuduhan merogol anak tiri berusia 12 tahun dalam kejadian di Bachok, awal tahun ini dan Mei lalu.

Ketiga-tiga tertuduh masing-masing berusia 46 tahun dan 22 tahun yang didakwa secara berasingan, bagaimanapun mengaku tidak bersalah serta memohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.

Mengikut dua pertuduhan membabitkan tertuduh pertama berusia 46 tahun, dia didakwa merogol anak tiri berusia 12 tahun tanpa kerelaan mangsa, yang mana hubungan tertuduh dengan mangsa adalah tidak dibenarkan bawah undang-undang, hukum agama dan mempunyai hubungan amanah dengan kanak-kanak itu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Bachok pada waktu petang awal tahun ini dan antara 18 hingga 22 Mei lalu.

Tertuduh kedua dan ketiga sama usia 22 tahun pula didakwa merogol mangsa sama tanpa kerelaan kanak-kanak itu yang mana perbuatan berkenaan dilakukan di hadapan orang lain, di lokasi sama pada awal tahun ini.

Kedua-dua tertuduh berkenaan didakwa mengikut Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.