Social
208

3 termasuk Datuk Seri direman 4 hari

Balik Pulau – Seorang lelaki bergelar Datuk Seri berusia 52 tahun antara tiga lelaki direman selama empat hari bagi membantu siasatan berhubung kes pecah amanah berjumlah RM304 juta.

Individu lain yang direman adalah anak lelaki Datuk Seri tersebut berusia 26 tahun dan seorang lagi lelaki berusia 29 tahun yang dipercayai turut terlibat dalam kes itu.

Perintah remah selama empat hari sehingga Isnin depan itu dikeluarkan Majistret Mahkamah Balik Pulau, Khalijah Mohd. Khalid bagi membolehkan siasatan lanjut mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan.

Terdahulu ketiga-tiga suspek ditahan sepasukan polis di sekitar George Town kira-kira pukul 4.40 petang semalam.

Difahamkan tiga lelaki itu adalah kakitangan syarikat yang diamanahkan bagi mengagihkan hibah kepada pelabur sebuah syarikat, namun gagal berbuat demikian.

Mereka dipercayai menggunakan wang itu bagi kegunaan sendiri dan mengagihkan hibah kepada beberapa pelabur sahaja.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu