Nation
209

3 termasuk eksekutif GLC ditahan SPRM

Shah Alam – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor menahan tiga individu termasuk seorang eksekutif syarikat berkaitan kerajaan (GLC) hari ini kerana disyaki menyalahgunakan kedudukan dalam urusan projek di syarikat GLC tersebut.

Selain lelaki itu, dua lagi yang ditahan disyaki terlibat dalam projek tersebut adalah seorang lelaki dan wanita, masing-masing merupakan pemilik syarikat swasta.

Kesemua mereka yang berusia antara 40 hingga 57 tahun itu ditahan kira-kira 4.30 petang di Pejabat SPRM Selangor ketika hadir memberi keterangan.

Menurut sumber, eksekutif syarikat GLC terbabit telah menggunakan kedudukannya sebagai ketua projek dengan mengesyorkan dan melantik proksinya sebagai pengurus projek di syarikat swasta itu bagi menguruskan projek tersebut bagi pihaknya.

Difahamkan ketiga-tiga mereka akan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam esok bagi permohonan reman.

Pengarah SPRM Selangor Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut namun enggan mengulas lanjut, lapor Bernama.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu