Social
288

3 warga asing ditahan kes video tular pergaduhan

Batu Pahat – Polis menahan tiga lelaki warga asing semalam, bagi membantu siasatan mengenai sebuah video tular kejadian pergaduhan sekumpulan pekerja di sebuah asrama pekerja kilang di Sri Gading, di sini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat Supt Muhamad Izzudin Runggai berkata dua warga Bangladesh dan seorang warga Sri Lanka berumur antara 23 dan 33 tahun itu ditahan selepas polis menerima laporan mengenai video itu semalam.

“Mangsa adalah seorang lelaki warga Sri Lanka dan merupakan pekerja kilang itu. Dia mengalami kecederaan di bahagian kepala dan sedang dirawat di Hospital Sultanah Nora Ismail, di sini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes itu kini disiasat lanjut mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

Semalam, tular di media sosial rakaman video pergaduhan sekumpulan pekerja warga asing di sebuah asrama pekerja di Sri Gading, lapor Bernama.

Tags: , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu