Nation
490

30 lokaliti di tiga negeri dikenakan PKPD

Kuala Lumpur – Sebanyak 30 lokaliti di Perak, Sabah dan Kelantan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuat kuasa Rabu ini hingga 24 Ogos.

Menteri Kanan Luar Negeri (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata 23 daripadanya merupakan lokaliti Perkampungan Orang Asli dalam daerah Batang Padang di Perak.

“Perkampungan Orang Asli di Perak melibatkan Mukim Chendering iaitu Kampung OA Sungai Lah, tiga lokaliti bagi Mukim Bidor iaitu Kampung Senta, Kampung Chang dan Kampung Sanding serta satu di Mukim Sungkai iaitu Kampung OA Menderang. Selain itu, terdapat 18 lokaliti bagi Mukim Batang Padang iaitu Kampung OA Batu 6, Kampung OA Batu 14, Kampung OA Batu 16, Kampung OA Batu 17, Kampung OA Batu 18 dan Kampung OA Batu 19.

“Seterusnya Kampung Kenderong, Kampung Sungai Rensa, Kampung Sungai Chendon, Kampung Sungai Odak, Kampung Ampangan, Kampung Pos Woh dan Kampung OA Batu 7&Batu 7½, Kampung Sungai Bot Dalam, Kampung Sungai Bot Luar, Kampung Sungai Tidong, Kampung Lubuk Gaharu dan Kampung Woh Intake,” menurutnya dalam kenyataan mengenai Pelan Pemulihan Negara (PPN) hari ini.

Beliau berkata Taman Meru 2B, Kinta di Perak turut dikenakan PKPD manakala lima lokaliti yang terlibat di Sabah ialah Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Sri Balung dan PPR Taman Sri Titingan di Tawau, Kem 2 Tolokoson (Tenom), Kampung Kota Tuaran (Tuaran) dan Kampung Sarikan (Nabawan).

Hishammuddin berkata di daerah Tumpat, Kelantan pula satu lokaliti dikenakan PKPD iaitu Taman Sri Bayu.

Beliau juga berkata PKPD di beberapa kawasan di Pahang iaitu Sungai Klau dan Sungai Chalit (Raub) serta Tapak Bina IBN Highland, Genting Highlands (Bentong) dan Taman Kinarut Ria di Papar, Sabah yang dijadualkan tamat esok, dilanjutkan sehingga 17 Ogos.

Menyentuh operasi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) semalam, beliau berkata 38 premis diarah tutup serta-merta ekoran kegagalan mematuhi SOP.

Katanya 281 individu dikompaun kerana ingkar SOP dan 21 lagi direman manakala dalam Op Benteng, 28 pendatang tanpa izin ditahan dan tujuh kenderaan darat dirampas, lapor Bernama.

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu