Social
270
0

300 dimasukkan ke hospital kerana penyakit misteri

New Delhi – Sekurang-kurangnya 300 orang dimasukkan ke hospital di Andhra Pradesh di tenggara India, selepas menghidap penyakit misteri.

India Today melaporkan bahawa penyakit berkenaan bermula di bandar Eluru.

Setakat ini, seorang individu dipercayai meninggal dunia selepas mengalami penyakit berkenaan.

Analisis awal menunjukkan bahawa jangkitan berpunca daripada racun perosak.

Bagaimanapun, pihak berkuasa masih menunggu keputusan ujian makmal.

Ia bagi mengesahkan sama ada penyakit itu berpunca daripada organoklorin, bahan yang digunakan dalam pertanian dan kawalan nyamuk. – Harian Metro

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu