Social
349

31 ahli SSR dikompaun

Kuala Lumpur – 31 ahli Sekretariat Solidariti Rakyat (SSR) dikompaun RM62,000 kerana menganjur serta menyertai perhimpunan di padang Dataran Merdeka, semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya, berkata ahli SSR itu dikompaun RM2,000 setiap seorang selepas didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) kerana terbabit dalam perhimpunan bermula jam 8 malam.

Katanya, peserta berkaitan dikompaun selepas dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk dirakam kenyataan.

“Pasukan Pematuhan IPD Dang Wangi mengesan sekumpulan individu berhimpun di Dataran Merdeka malam tadi, sempena program memperingati mereka yang gugur akibat pandemik COVID-19.

“Seramai 31 ahli SSR berhimpun sambil membakar lilin dan memegang kain rentang putih bertulis ‘Belasungkawa Jiwa-Jiwa Yang Telah Pergi’.

“Kesemua mereka kemudian dibawa ke IPD Dang untuk diambil percakapan dan kemudian dikompaun mengikut Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012, Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

“Mereka turut dikenakan tindakan mengikut Peraturan 10, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawal Penyakit Berjangkit PPN (No 2) 2021,” katanya dalam kenyataan, semalam.

 

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu