Social
363

31 individu termasuk 7 remaja bawah umur ditahan

Shah Alam – Seramai 31 individu termasuk tujuh remaja bawah umur ditahan polis dalam Op Khas Motosikal di Jalan Sultan Alauddin, Bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang, semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP Nurulhuda Mohd Salleh berkata operasi yang bermula 5.30 petang hingga 10.30 malam itu dijalankan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara.

Beliau berkatakesemua yang ditahan adalah warga tempatan berusia 16 hingga 23 tahun dan siasatan mendapati tujuh daripada 31 individu terbabit adalah remaja bawah umur termasuk seorang remaja perempuan.

“Sebanyak 76 keping saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas serta 20 buah motosikal disita mengikut Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Kompaun turut dikenakan kepada 22 individu di bawah Peraturan 17(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 kerana berkumpul di tempat awam dan keluar tanpa hala tuju,” katanya dalam kenyataan hari ini, lapor Bernama.

Nurulhuda berkata pihaknya akan terus menjalankan operasi dan penguatkuasaan bagi membendung kegiatan lumba haram terutama dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Tags: , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu