Social
279

32 dikompaun langgar SOP main badminton

Johor Bahru – Keseronokan 32 individu bermain badminton bertukar episod duka apabila dikenakan kompaun selepas didapati melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Abd. Wahid berkata, individu terbabit yang dikenakan kompaun berjumlah RM48,500 terdiri daripada 31 pemain dan pemilik premis.

“Bertindak atas maklumat, polis telah menyerbu sebuah gelanggang badminton di Batu 6, Jalan Skudai di sini pada pukul 5.35 petang, kelmarin.

“Dalam operasi itu, seramai 32 lelaki berusia antara 18 hingga 44 tahun dikenakan kompaun kerana gagal mematuhi SOP PKP 3.0.

“Seorang pemilik premis berkenaan dikompaun sebanyak RM2,000 manakala kesemua yang lain dikenakan kompaun sebanyak RM1,500,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. — Kosmo Online

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu