Social
323

32 dikompaun sertai sambutan hari jadi

Kuala Lumpur – Seramai 32 individu dikenakan kompaun selepas menyertai sambutan hari jadi di sebuah rumah di Bukit Damansara, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor, berkata pihaknya menerima aduan berhubung majlis itu yang diadakan di kediaman berkenaan pada jam 10 malam.

“Susulan itu, sepasukan polis dari IPD Brickields melakukan serbuan dan pemeriksaan di lokasi terbabit. Hasil serbuan mendapati 32 individu warga tempatan dan seorang individu warga asing dipercayai penjaga rumah mengadakan majlis hari jadi,”katanya dalam kenyataan, hari ini.

Amihizam berkata, pemeriksaan terhadap semua individu mendapati mereka tidak mempunya rekod jenayah, namun ujian saringan air kencing mendapati seorang lelaki dan seorang wanita positif dadah.

“Semua individu terbabit diberikan kompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan SOP Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya, lapor BH Online.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu