Social
100

33 rumah atas air di Tanjung Aru musnah terbakar

Kota Kinabalu – Kira-kira 33 rumah di perkampungan atas air di Kampung Tanjung Aru dekat sini, musnah dalam kebakaran, awal pagi tadi.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, ,menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.01 pagi dan sepasukan 24 pegawai dan anggota bersama empat jentera bergegas ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira tiga kilometer dari balai bomba berkenaan.

Lapan anggota masing-masing dari BBP Lintas dan BBP bersama jentera turut membantu dalam operasi memadam kebakaran.

“Kebakaran melibatkan rumah perkampungan atas air dengan anggaran 33 rumah jenis tidak kekal yang musnah 100 peratus. Pasukan Bomba mengalami kesukaran untuk kerja pemadaman disebabkan tekanan air pili bomba yang rendah.

“Bagaimanapun, pasukan bomba berjaya mengawal kebakaran pada pukul 2.02 pagi sebelum menamatkan sepenuhnya operasi pada pukul 4.30 pagi,” menurut kenyataan itu.

Tiada kemalangan jiwa dan kecederaan dilaporkan, manakala punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Sementara itu, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan berasingan memaklumkan satu Pusat Pemindahan Sementara telah diaktifkan di Dewan Muhibbah, Sembulan, bagi menempatkan semua mangsa dan sedang mengemas kini butiran diri mereka. – Bernama

Tags: , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu