Social
355

4 banduan lolos dari pusat tahanan

Kluang – Empat banduan meloloskan diri dari Pusat Tahanan dan Penerimaan (PTP) di Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) Padang Hijau Batu 13, Jalan Mersing – Kluang di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Low Hang Seng berkata, pihaknya menerima laporan pada pukul 4.50 petang daripada warden penjara yang memaklumkan kejadian membabit banduan warga tempatan.

“Pegawai warden juga memaklumkan tiga diantara suspek berkenaan telah berjaya ditangkap semula oleh pihak penjara, manakala seorang lagi suspek telah berjaya melarikan diri.

“Keempat-empat suspek berkenaan merupakan warga tempatan adalah banduan yang telah dituduh di mahkamah dan dihantar ke kem PLKN terbabit bagi tapisan keselamatan Covid-19 PTP selama 14 hari sebelum dihantar ke Penjara Ulu Choh,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurut beliau, susulan itu pihak polis sedang melakukan Op Tutup disemua pintu keluar dan masuk diseluruh daerah Kluang.

“Usaha mengesan suspek masih dijalankan oleh pihak polis dan anggota penjara serta khidmat anjing pengesan K9 penjara turut digunakan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 223 dan 224 Kanun Keseksaan,” katanya.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat bagi membantu pihak polis boleh menyalurkannya kepada Balai Polis berdekatan atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang di talian 07-7784256 atau 014-3656822. – Kosmo Online

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu