Nation
164

4 lagi individu dipanggil bantu siasatan ‘Ziarah Raya’ ahli politik

Kota Bharu – Empat lagi individu dipanggil bagi membantu siasatan berhubung satu laporan polis mengenai majlis hari raya yang diadakan di rumah seorang ahli politik di Machang, dekat sini pada Aidilfitri baru-baru ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan ACP Wan Khairuddin Wan Idris berkata ini menjadikan seramai sembilan individu telah diambil keterangan setakat ini.

“Dalam pada itu, polis juga akan mengambil keterangan daripada beberapa lagi individu bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

 

Pada 19 Mei lepas, lima individu dipanggil bagi membantu siasatan berhubung aktiviti ‘ziarah raya’ membabitkan seorang ahli politik selepas polis menerima laporan daripada orang awam berkaitan perkara itu, 15 Mei lalu.

Laporan dibuat berdasarkan penularan beberapa keping gambar ahli politik melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan mengadakan ziarah raya, selain kesalahan tidak memakai pelitup muka.

Siasatan dijalankan mengikut Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan) 2021. – Bernama

Tags: , , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu