Social
238

4 lelaki geng samun kenderaan mewah ditahan

Georgetown – Polis menahan empat lelaki dipercayai geng samun bersenjata yang menyasarkan kereta mewah dalam beberapa serbuan di sekitar Kedah dan Perak, sejak akhir bulan lepas hingga Khamis lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Rahimi Ra’ais berkata serbuan dilakukan selepas pihaknya menerima laporan mengenai empat lelaki bersenjatakan parang yang melarikan dua kereta Mercedes Benz bernilai RM400,000 dari pusat servis kenderaan di Jalan Pengkalan Bukit Tengah, Bukit Mertajam, 21 Okt lepas.

“Susulan itu, polis melancarkan operasi dan berjaya menahan empat lelaki berusia 22 hingga 26 tahun di Kulim dan Sungai Petani, Kedah serta di Teluk Intan, Perak bermula 21 Okt hingga dua hari lepas.

“Polis turut menjumpai semula dua kereta terbabit di Serdang, Selangor dan Teluk Intan dengan kenderaan tersebut dipercayai dalam proses dijual,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Rahimi berkata kesemua lelaki itu didapati memiliki antara enam hingga 20 rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah serta seorang daripadanya turut positif methamphetamine.

Beliau berkata mereka kini direman bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan kerana samun dan Seksyen 379a kerana mencuri kenderaan, lapor Bernama.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu