Social
590

4 lelaki kes pukul pengawal peribadi direman

Klang – Empat lelaki yang disyaki terlibat dalam memukul dua pengawal peribadi menggunakan rotan kerana berpuasa direman lima hingga tujuh hari bermula hari ini.

Kesemua suspek terdiri tiga pekerja kepada majikan terbabit dan pengawal peribadi masing-masing berusia 38 hingga 46 tahun.

Perintah reman iti dikeluarkan Majistret Solehah Noratikah Ismail selepas membenarkan permohonan daripada Polis Diraja Malaysia ( PDRM ).

Terdahulu, keempat-empat suspek itu ditahan bermula pukul 9 malam di sekitar daerah ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324, Seksyen 506 dan Seksyen 298 Kanun Keseksaan.

Satu sidang akhbar berhubung perkembangan kes ini akan dilakukan Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed sebentar sebentar nanti di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan. – Kosmo Online

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu