Social
410

4 pemilik syarikat kejuruteraan marin ditahan SPRM

Kuala Lumpur – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan empat pemilik syarikat kejuruteraan marin berhubung kes memberi rasuah bagi mendapatkan projek sebuah agensi penguatkuasaan dianggarkan bernilai RM10 juta.

Sumber berkata, suspek membabitkan dua lelaki dan dua wanita itu berusia antara 40 hingga 71 tahun ditahan di ibu pejabat SPRM Putrajaya antara jam 9 hingga 10 malam tadi selepas hadir memberi keterangan.

Katanya, mereka dipercayai memberi rasuah kepada pegawai agensi penguatkuasaan sebagai balasan membantu syarikat terbabit mendapatkan kerja pembekalan, perkhidmatan dan penyelenggaraan berkaitan marin bermula 2018 hingga tahun ini.

“Dua suspek masing-masing seorang lelaki dan wanita direman selama empat hari bermula hari ini hingga 24 Jun ini, manakala dua lagi direman dua hari hingga esok.

“Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Shah Wira Abdul Halim di Mahkamah Majistret Putrajaya selepas SPRM membuat permohonan berkenaan pagi tadi,” katanya pada BH, hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009. — BH Online

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu