Social
317

4 sekeluarga dibunuh kejam pembantu rumah

Moscow – Kejam apabila empat sekeluarga dibunuh oleh lelaki yang diambil bekerja di rumah mereka di sebuah kampung di Kudma, barat Rusia.

Media melaporkan pada kejadian itu, suspek merogol isteri lelaki itu, Elena Malakhova, 41, sebelum menikam mati wanita berkenaan.

Lebih menyayat hati, lelaki itu juga mencekik anak Elena, Mikhail, 6.

Perbuatan kejamnya tidak terhenti di situ apabila dia turut mencekik ibu dan bapa mentua Elena, Olga Malakhova, 66, serta Anatoly Korolyov, 63.

Ia menyebabkan ketiga-tiganya meninggal dunia.

Bagaimanapun, dua lagi anak Elena, masing-masing lelaki dan perempuan, bernasib baik apabila sempat melarikan diri.

Ketika kejadian, suami kepada wanita terbabit Sergey, 44, tiada di rumah kerana mengikut rombongan perniagaan bersama empat rakannya.

The Sun melaporkan bahawa suspek turut melakukan rompakan di rumah berkenaan.

Suspek, Sharofiddin Amirov, 26, bagaimanapun berjaya ditahan di wilayah Vladimir, ketika melarikan diri dengan menaiki kereta.

Pihak berkuasa turut menahan dua lagi lelaki, yang disyaki bersubahat dengan suspek. Mereka ditahan ketika bersama dengan suspek di dalam kenderaan sama.

Dalam pada itu, media Rusia turut mendedahkan wajah pembunuh itu sebaik ditahan polis.

Menurut pihak berkuasa, suspek sebelum ini diambil bekerja untuk membina rumah milik keluarga mangsa.

Selepas itu, keluarga berkenaan mengambilnya bekerja sebagai pembantu rumah dan tukang kebun.

Siasatan kini dijalankan Jawatankuasa Siasatan Rusia. – Harian Metro

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu