Social
325

4 sekeluarga rentung dalam kebakaran rumah

Penampang – Empat sekeluarga terdiri daripada tiga lelaki dan seorang perempuan, ditemukan rentung dalam sebuah rumah teres dua tingkat yang terbakar di Taman Hungap, di sini awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah Misran Bisara berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 2.52 pagi, sebelum berjaya mengawal kebakaran pada pukul 3.40 pagi.

Beliau berkata mangsa kebakaran dikenal pasti sebagai pasangan Matthew Wong, 50; dan Jecky Vun Kon Fung, 48; bersama dua anak mereka Brendan Wong, 18; dan Eric Wong, 15.

“Pada awalnya kita diberitahu jiran mungkin penghuni rumah itu masih di dalam dan selepas JBPM berjaya mengawal kebakaran dan membuat pemeriksaan kebakaran rumah tersebut, empat mangsa itu ditemukan rentung kira-kira 5 pagi tadi.

“Operasi di tempat kejadian ditamatkan pada pukul 6.10 pagi tadi dan punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi, lapor Bernama.

Misran berkata 90 peratus daripada rumah teres teres itu terbakar, selain dua buah kenderaan yang terbakar 10 peratus.

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu