Social
183

4 suspek baharu dalam senarai dikehendaki ESSCom

Lahad Datu – Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) mengeluarkan senarai terkini 21 suspek warga Filipina yang dikehendaki, kerana terbabit dalam jenayah rentas sempadan di perairan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).

Senarai dikemas kini itu termasuk empat suspek baharu, yang dikehendaki kerana terlibat kes penculikan untuk wang tebusan (KFR) di Tambisan, Tungku, Lahad Datu iaitu Tista Hussein, Ahadin Hussein, Ellam Sajirin @ Nasirin dan Ismuran Jirah.

Tista yang mengetuai penculikan bersama adiknya Ahadin, menculik tiga nelayan warga Indonesia iaitu Maharudi Lunani, Samiun Maneu, serta Muhammad Farhan, di perairan Tambisan pada 23 Sept 2019.

Manakala Ellam yang juga ahli asal Kumpulan Ajang-Ajang (Lucky 9) serta Ismuran merupakan ‘care taker’ kepada tiga nelayan Indonesia yang diculik itu.

Antara suspek lain dikehendaki ESSCom ialah Al Munjir Yadah; Salip Mura; Ben Tatoh Quirino; Marajan@Manajan Asiri; Sangbas Parisko; Hamsan Pakkan@ Black Cobra; Basaron Arok; Mujimar Sawadjaan @ Rasad; Jul @ Jun Hasan; Jul Aksan Abdurajan @ Halimaw; Tampi @ Bunju; Halipa; Hadji Wahad @ Talip serta Barah Uddong @ Alvin.

Komander ESSCom Datuk Ahmad Fuad Othman berkata, empat nama baharu itu dimasukkan selepas mengeluarkan suspek lama yang ditembak mati pasukan keselamatan Filipina, selain operasi ESSCom di Beaufort.

Katanya senarai nama yang dikeluarkan itu ialah Apo Mike @ Majan Sahidjuan, Raden Abuh dan Long Sahiran yang ditembak mati pada Mac lalu, serta Japs Sawadjaan @ Mujafar Sawadjaan dan Mundi Sawadjaan masing-masing ditembak pads April dan Mei lalu.

Dalam pada itu Ahmad Fuad berkata ancaman KFR dan Kumpulan Abu Sayyaf dari negara jiran masih wujud, namun cubaan berkenaan digagalkan menerusi gabungan operasi perairan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di ESSZone, lapor Bernama.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu