Social
231

4 suspek kes samun kedai emas diburu

Kuala Lumpur – Polis sedang mengesan empat lelaki dipercayai warga tempatan disyaki terbabit dalam kes samun sebuah kedai emas di Jalan Metro Perdana, Kepong di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata, keempat-empat suspek dipercayai melakukan jenayah itu kira-kira 5.30 petang dengan memakai topeng muka dan bertopi keledar, serta bersenjatakan sebilah tukul dan kapak.

Beliau berkata suspek melarikan sejumlah barangan kemas berupa rantai leher dan rantai tangan yang nilainya dipercayai mencecah ratusan ribu ringgit.

“Ketika kejadian, seorang suspek berpura-pura mengimbas MySejahtera sebelum tiga lagi individu menyerbu masuk ke dalam premis berkenaan dan melarikan sejumlah rantai tangan dan leher dalam tempoh kurang seminit,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Beh berkata ketika kejadian terdapat tujuh pekerja wanita di dalam premis tersebut dan seorang daripadanya pengsan akibat ditolak suspek.

Katanya pihaknya telah mengenal pasti dua motosikal digunakan dalam kejadian itu dan siasatan lanjut sedang giat dijalankan, selain meminta orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian untuk tampil di mana-mana balai polis bagi membantu siasatan, lapor Bernama.

Tags: , , , , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu