Social
147

4 termasuk kanak-kanak lemas

Putatan – Empat orang termasuk seorang kanak-kanak berusia lapan tahun ditemukan lemas semalam dipercayai dibawa arus ketika mandi laut di Pantai Gorongon dekat Kampung Contoh, Petagas di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Penampang DSP Mohd Haris Ibrahim berkata semua mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik Kementerian Kesihatan yang hadir di lokasi kejadian.

“Mangsa berusia antara lapan dan 17 tahun dan semua mayat mangsa dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk tindakan selanjutnya,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau berkata pihak polis masih menjalankan siasatan terhadap kes terbabit dan setakat ini kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sementara itu Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sabah Misran Bisara berkata semua mangsa ditemukan antara jam 8.23 malam hingga 9.35 malam ini dan kanak-kanak itu merupakan mangsa terakhir yang ditemukan.

“Keadaan air laut surut memudahkan pencarian yang dijalankan sekitar kawasan mangsa dilaporkan lemas dalam anggaran 50 meter dan mangsa mungkin dalam keadaan berkumpulan ketika itu,” katanya.

Dalam kejadian jam 5 petang tadi, semua mangsa dikatakan pergi ke pantai berkenaan untuk mandi bersama empat lagi rakan mereka, namun ketika mahu pulang mereka dikatakan cuba berenang ke tepi pantai namun dipercayai dihanyutkan ombak deras.

Empat rakan mereka berusia sembilan hingga 13 tahun berjaya menyelamatkan diri manakala empat lagi hilang sebelum ditemukan lemas. – Bernama

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu