Social
169

4 termasuk penjawat awam ditahan SPRM

Kuala Lumpur – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menahan reman empat individu termasuk seorang penjawat awam yang bertugas di sebuah kementerian, bagi membantu siasatan berhubung isu tender pembekalan sebuah agensi penguat kuasa, bernilai RM42 juta.

Kesemua suspek berusia antara 32 hingga 61 tahun itu direman selama enam hari bermula hari ini.

Permohonan reman itu dibenarkan oleh Majistret Shah Wira Abdul Halim selepas SPRM membuat permohonan berkenaan di Mahkamah Majistret Putrajaya, hari ini.

Difahamkan, kesemua mereka ditahan kira-kira pukul 10 malam tadi di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

Menurut sumber, suspek dipercayai meminta dan membayar rasuah sebanyak lima peratus daripada nilai projek berdasarkan tuntutan kemajuan bagi memperoleh tender perkhidmatan membekal, memproses, mencetak dan mengepos saman sebuah agensi penguat kuasa yang bernilai RM42 juta.

Kesemua mereka disiasat di bawah Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009. — BH Online

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu