Social
251

4 warga Bangladesh, seorang wanita tempatan didakwa culik, minta tebusan

Kajang – Empat warga Bangladesh dan seorang wanita tempatan didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan melarikan seorang lelaki warga Bangladesh dan meminta wang tebusan sebanyak 1 Juta Taka Bangladesh (kira-kira RM50,000), Ogos lepas.

Mereka ialah pasangan suami isteri, Josim, 32, dan Faridah Jeya Sly Ramesh, 27, (wanita tempatan); Md Raihan Hosen, 28; Miah Soraf, 33, serta Nusrat Jahan Bipasha, 26 (wanita).

Kesemua tertuduh mengangguk faham selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan jurubahasa dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, di hadapan Majistret Syahrul Sazly Md Sain.

Tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh kerana kes tersebut adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mereka didakwa dengan niat bersama bagi mendapatkan wang tebusan sejuta Taka Bangladesh, telah menahan Md Sohel Rana, 39, dengan cara melarikannya secara salah di hadapan sebuah pasar raya, di Jalan Damai Mewah 1A di sini pada 8.30 malam, 27 Ogos lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 3 (1) Akta Culik 1961 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan jika tidak dihukum mati, boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 7 Okt untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Husna Amran manakala Md Raihan dan Josim diwakili peguam Tan Cheng Yee dan tiga yang lain tidak diwakili peguam.

Sebelum ini media melaporkan, seorang lelaki warga Bangladesh diculik hampir seminggu oleh rakan senegaranya dan ditemui dalam keadaan lemah di sebuah rumah di Bandar Teknologi di sini, lapor Bernama.

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu