Social
234

48 pengunjung pusat hiburan dikompaun

Kuala Lumpur – Polis Kuala Lumpur mengeluarkan kompaun bernilai RM290,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) dalam serbuan ke atas dua buah premis pusat hiburan di ibu negara semalam.

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Kuala Lumpur, Datuk Azman Ayob berkata, sebanyak 30 kompaun bernilai RM150,000 dikeluarkan ke atas pengunjung premis pertama, manakala 18 kompuan bernilai RM90,000 dikeluarkan ke atas pengunjung di premis kedua.

“Kedua-dua pemilik premis pusat hiburan tersebut juga dikenakan kompaun sebanyak RM 25,000 setiap satu dalam serbuan tengah malam tadi.

“Kompaun tersebut dikeluarkan mengikut pelanggaran Peraturan 17 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit PPN 4 2021 (Melakukan aktiviti terlarang dalam pub dan kelab malam) semasa tempoh Pelan Pemulihan Negara Fasa 4,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Azman berkata, seramai 23 pegawai dan anggota JPJKK Kuala Lumpur terlibat dalam serbuan tersebut dan sebanyak 23 keputusan ujian saringan air kencing terhadap pengunjung premis terbabit didapati negatif.

Menurut beliau, operasi seperti itu akan dipertingkatkan dari semasa ke semasa dalam usaha menghentikan penularan wabak Covid-19 dalam kalangan warga Kuala Lumpur, lapor Kosmo Online.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu