Social
381

5 anggota kumpulan pengganas Abu Sayaf mati ditembak

Kota Kinabalu – Polis Sabah menembak mati lima anggota kumpulan pengganas Abu Sayaf dalam operasi khas, yang dijalankan di sebuah kawasan setinggan di paya bakau berhampiran Taman Sri Arjuna, Beaufort pada pukul 11.27 pagi semalam.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali berkata, salah seorang daripada suspek itu adalah ‘sub leader’ kumpulan pengganas tersebut dikenali sebagai Mabar Binda, yang dinamakan dalam senarai dikehendaki oleh kerajaan Filipina.

Beliau berkata, tiga lagi suspek dikenali sebagai Abhirsham Samsula@Samseed, Jurakhdam Binda, Alsimar Sukarno, manakala seorang lagi masih belum dikenal pasti namanya, dan semuanya dianggarkan berusia antara 20an hingga 40an.

“Dengan tumpasnya lima anggota kumpulan ini, polis yakin telah berjaya melumpuhkan satu sel Abu Sayaf yang bersembunyi di Sabah, dan yang telah melakukan ba’iah dengan kumpulan militan Daesh.

“Polis juga mengesyaki masih lagi ada saki baki dan tali barut (kumpulan itu) yang bersembunyi di Malaysia khususnya di Sabah dan kita sedang menyiasat perkara ini,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, Kepayan di sini hari ini. – Bernama

Tags: , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu